Dritan Abazović
Dritan Abazović

Dritan Abazović


Dritan Abazović ( Bahasa Montenegrin: Дритан Абазовић , Bahasa Albania: Dritan Abazoviq  ; lahir 25 Disember 1985) merupakan seorang ahli politik Montenegro dan telah dipilih menjadi Perdana Menteri Montenegro sejak 28 April 2022. [1] Berasal dari etnik Albania, beliau mengetuai parti United Reform Action (URA). Sebelum ini beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam kabinet Zdravko Krivokapić dari 2020 hingga 2022. [2]Abazović telah dilahirkan pada 25 Disember 1985 di Ulcinj, SR Montenegro, SFR Yugoslavia (kini Montenegro ). [‡ 1] Abazović berasal dari etnik Albania. [3] Setelah menamatkan sekolah rendah dan menengah di Ulcinj, beliau meneruskan pengajian di Fakulti Sains Politik di Universiti Sarajevo. Semasa pengajian, beliau menjadi seorang valedictorian dan pemenang "Lencana Emas" dan "Piagam Emas" Universiti Sarajevo. [4] Beliau memperoleh ijazah sarjana dalam bidang hubungan antarabangsa dari Fakulti Sains Politik di Universiti Montenegro pada tahun 2008. [5] Pada tahun 2019, beliau telah menamatkan pengajiannya peringkat PhD di Fakulti Sains Politik di Universiti Sarajevo, dengan tajuk disertasi "Global Politics—Ethical Aspects of Globalization". [6]Dari tahun 2005 hingga 2007, beliau menjadi pembantu di Fakulti Sains Politik di Universiti Sarajevo. Pada tahun 2009, beliau menamatkan kursus untuk Pengajian Keamanan di Universiti Oslo . Di universiti yang sama, beliau menamatkan seminar untuk pembangunan profesional. [4] Pada tahun 2011, beliau telah menetap di Amerika Syarikat dengan menyertai program Jabatan Negara di Washington DC. Dari tahun 2010 sehingga 2012, beliau menjadi pengarah eksekutif syarikat penyiaran tempatan, Teuta dan NGO Mogul yang mana kedua-duanya berpusat di Ulcinj. [4]

Rujukan

WikiPedia: Dritan Abazović http://rs.n1info.com/English/NEWS/a635113/Monteneg... http://rs.n1info.com/Region/a639526/Konacni-rezult... http://www.visit-ulcinj.com/blog/2010/03/03/promoc... https://balkaninsight.com/2020/12/04/montenegro-el... https://m.facebook.com/abazovicdritan/ https://abcnews.go.com/International/wireStory/mon... https://docs.google.com/spreadsheets/d/1XVGV5Z306S... https://www.ocnal.com/2022/04/dritan-abazovic-thir... https://www.reuters.com/world/europe/montenegro-ap... https://mobile.twitter.com/DritanAbazovic